Aktiviti Biro Kebajikan

Kursus Asas Terapi Urutan Saraf

Kursus julung kali ini telah diadakan untuk ahli-ahli PPMM dan dikendalikan oleh Pakar Saraf Tn Zailan Ibrahim pada 8hb Disember 2018 bertempat di Carlton Hotel Shah Alam.

Seramai 25 orang peserta telah menyertai kursus ini dan diberikan sijil penyertaan. Adalah diharapkan kursus ini memberi kesedaran kepada para peserta untuk menjaga kesihatan diri mereka setelah dilatih oleh Doc Zai.


_______________________________

Salah satu aktiviti biro ini seperti yang dipersetujui dalam Mesyuarat AJK ialah kebajikan warga emas. Untuk itu satu lawatan untuk mengumpul fakta telah dilakukan pada 17hb Ogos 2018 ke Seavoy Nursing Home di Taman Setapak Indah, Kuala Lumpur.

Seavoy Nursing Home yang diasaskan oleh Datin Dr K. Mangalaveni sejak 30 tahun yang lepas kini beroperasi di Setapak dan Desa Melawati. Selain mengurus Seavoy Nursing Home, Datin juga adalah doktor sepenuh masa di Klinik Maju dan beliau adalah Pengerusi Institut Masalah Pembelajaran & Autisme Malaysia (IMPIAN).

AJK Biro Kebajikan yang diketuai oleh Datin Saleha dan Pengarah Projek, Pn Siti Zaharah sangat beruntung kerana diberikan taklimat panjang lebar oleh Datin Dr K Mangalaveni secara peribadi.

Dari kanan: Datin Dr K. Mangalaveni, Datin Saleha Ujang, 
Puan Siti Zaharah dan En Khalid

Datin Saleha Ujang dan Puan Siti Zaharah bersama 
seorang pengurus di ruang legar Seavoy Nursing Home.