Dengan itu satu inisiatif telah diambil di mana persatuan telah menjalin usahasama dengan pengeluar produk untuk dijual oleh ahli persatuan.
Produk yang berkenaan mestilah memenuhi kriteria berikut;
1.
Harga produk mestilah murah,
2.
Produk mempunyai jangka hayat yang lama (long
shelf live),
3.
Prospek untuk pelanggan membuat belian ulangan
mestilah tinggi (repeat sale),
4.
Ahli tidak dibebankan dengan modal yang besar.
Produk pertama yang akan diedarkan ialah produk makanan –
biskut keras atau lebih dikenali
dengan nama biskut lutut/roti rangup. (Gambar produk dilampirkan).
Produk ini dipilih kerana memenuhi kriteria di atas.
Harga jualan produk ini ialah RM5.00 sepeket.
Dalam setiap peket ada 10 keping biskut keras.
Kilang menawarkan harga RM3.00 sepeket dengan syarat persatuan
membeli secara pukal, lebih 100 peket dalam 1 bil.
Persatuan menawarkan ahli yang ingin menjual biskut ini
dengan harga RM3.50 dengan belian minima 20 peket (RM70.00) secara tunai.
Ahli boleh menawarkan harga RM6.00 sekiranya pelanggan
hanya membeli 1 peket dan RM10.00 sekiranya pelanggan membeli 2 peket.
Untuk mendapatkan bekalan dan proses hantaran produk,
sila berhubung dengan En Khalid (010-364 7421) melalui Whatsapp / Telegram. Hanya ahli
persatuan yang layak untuk mengambil peluang ini.
Sebagai peringatan, untuk menjadi ahli persatuan,
seseorang itu perlu;
1.
Membayar Yuran Pendaftaran: RM60.00,
2.
Yuran Tahunan: RM60.00 dan
3.
Tabung Muafakat: RM40.00
Kepada ahli yang memerlukan penerangan lanjut bolehlah
berhubung dengan Tn Setiausaha untuk sesi penerangan.