Persatuan
meletakkan 3 aktiviti sebagai teras utama:
1.
Kebajikan,
2.
Kesihatan
dan
3.
Pendidikan.
Untuk
merealisasikan matlamat tersebut beberapa biro telah diwujudkan dengan beberapa
ahli menjadi Ahli Jawatankuasa kecil seperti berikut dan aktiviti setiap biro
dilaporkan di laman yang berkaitan;
Biro
Kebajikan - Ketua - Datin Saleha Ujang.
Salah
satu matlamat PUPMB ialah menjalankan usaha-usaha kebajikan untuk manfaat
masyarakat Malaysia khususnya dengan menghulur bantuan kewangan / barangan keperluan
kepada pihak yang memerlukan samada orang perseorangan mahupun organisasi
secara one off sahaja.
Keupayaan
menghulur bantuan ini akan bergantung kepada keupayaan kewangan persatuan.
Buat
masa ini sumber dana untuk tujuan ini datangnya dari Sistem Pengurusan Kewangan
yang digunakan untuk Projek Produk Mampu Milik. Sila lihat pautan di sebelah
kanan.
Biro
Kesihatan - Ketua - Puan Fakriah Yusoff
Untuk
mempastikan ahli persatuan khususnya berada dalam kesihatan yang baik,
persatuan telah melantik seorang ahli yang juga seorang juru-terapi yang
bertauliah dan mempunyai pengalaman yang luas untuk memberikan tunjuk ajar
kepada ahli khususnya dan orang awam amnya.
Puan
Fakriah akan dibantu oleh beberapa ahli yang lain yang juga mempunyai kemahiran
yang berkaitan.
Biro
Pendidikan - Ketua - Akan dikenalpasti
Pendidikan
yang ditekankan oleh persatuan ialah pendidikan yang cenderung kepada latihan
keusahawanan supaya ahli khususnya dan orang awam dapat diberikan peluang dan bimbingan
dalam menghadapi dunia perniagaan yang mencabar.
Usaha
juga dijalankan untuk mendidik ahli supaya anak-anak mereka yang masih
bersekolah agar tidak mengambil pinjaman PTPTN kerana Sistem Pengurusan
Kewangan yang digunakan persatuan boleh digunakan untuk dijadikan tabung secara
berjemaah.
Biro
Ekonomi - Ketua - Tuan Haji Janipha Amir
Untuk
menampung keperluan menjana dana untuk persatuan, biro ini ditubuhkan untuk menyelaras
aktiviti yang boleh dilakukan oleh ahli persatuan bagi mencapai matlamat
tersebut.
Tiga inisiatif telah diambil iaitu:
1.
Meletakkan
Sistem Pengurusan Kewangan di bawah pengurusan persatuan dan
2.
Memulakan
usaha perniagaan biskut di kalangan ahli persatuan yang telah menampakkan hasil
yang memuaskan.
3.
Menubuhkan
Tabung Kembara secara berjemaah dengan modal yang kecil.