Syarat Menjadi Ahli

Persatuan bercadang untuk mempunyai 100 ahli baru sehingga akhir tahun 2019.

Selaras dengan matlamat persatuan, pemilihan ahli, selain yang termaktub dalam Perlembagaan, pemilihan akan lebih cenderung kepada mereka yang mempunyai ciri-ciri berikut;
  1. Telah mendaftar sebagai ahli PPMM,
  2. Sanggup meluangkan masa untuk menjalankan kerja-kerja kebajikan,
  3. Menjadi mata dan telinga persatuan untuk mengenalpasti golongan sasar yang akan menerima faedah dari projek yang dilakukan,
  4. Mempunyai "kepakaran" yang relevan dengan keperluan persatuan, khususnya dalam bidang pendidikan samada yang formal mahupun vokasional,
  5. Mempunyai personaliti seorang pegawai pemasaran (marketer) semasa berurusan dengan orang awam untuk menarik mereka menjadi ahli PPMM samada sebagai pembekal produk / perkhidmatan atau sebagai pengguna.
Sekiranya anda mempunyai ciri-ciri yang disenaraikan, anda bolehlah memohon menjadi ahli dengan menghubungi Setiausaha untuk mendapatkan borang.

Keahlian hanya dibuka kepada mereka yang tinggal di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Selangor sahaja.

Terima kasih.